Wednesday 15 February 2012

Kitaran Hidup Burung Walet....

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia semua kepada usahawan-usahawan yang telah dan yang baru menceburi diri dalam industri penternakan burung walet.Sarawak swiftlets_zone ingin berkongsi bersama dengan anda tentang kitaran hidup sang walet sepanjang hayatnya....burung walet merupakan makhluk yang memberi nikmat dan rezeki lumayan kepada kita anugerah dari yang maha kuasa...seharusnya kita bersyukur dengan limpahan nikmat yang telah diberikan oleh-Nya....
Koloni Burung Walet

Burung Walet sama ada dari spesis Aerodramus Fuciphagus atau Aerodramus Maximus secara semulajadinya akan hidup secara berkoloni sepanjang kitaran hidupnya dimana dianggarkan setiap koloni akan mencapai sehingga 1.5 juta ekor burung walet.Koloni burung walet ini biasanya akan mula terbang keluar dari sarang mereka sejak awal pagi untuk mencari serangga merupakan makanan burung tersebut di udara.Burung walet akan terbang sekitar 10 hingga 12 jam tanpa henti dan akan kembali ke sarang mereka pada waktu senja.

Peringkat 1: Pasangan Induk Burung Walet sedang mengawan dan membuat sarang

Burung Walet membiak secara seksual dan mengawan diudara dimana setiap pasangan induk burung walet biasanya akan kekal dengan pasangan yang sama sehingga 18 tahun iaitu purata jangka hayat burung walet tersebut.Burung walet dewasa akan mula membuat sarang menggunakan air liur mereka yang diketahui umum mengandungi pelbagai zat nutrien yang baik sebagai makanan tambahan manusia.

Peringkat 2: Sarang yang telah siap sepenuhnya

Kedua-dua pasangan induk burung walet akan bersama-sama membuat sarang mereka sehingga siap sepenuhnya.Proses membuat sarang ini bergantung kepada cuaca dimana pada hari panas, tempoh bagi sarang burung walet siap sepenuhnya adalah sekitar 60 hari manakala pada hari hujan pula, tempoh sarang burung walet siap sepenuhnya adalah sekitar 40 hari kerana pada hari hujan burung walet tidak keluar dari sarang mereka yang menyebabkan sarang siap tempoh masa yang pendek.

Peringkat 3: Induk Burung Walet Betina mula bertelur

Setelah sarang siap sepenuhnya dibina, pada hari ke-7 hingga hari ke-8 induk walet betina akan mula bertelur.Burung walet betina akan bertelur dua kali setahun dimana setiap tempoh bertelur biasanya boleh menghasilkan dua biji telur sahaja.

Peringkat 4: Induk Burung Walet mengeram telur

Telur akan terus dieram dengan tempoh pengeraman akan berlaku dalam tempoh 19 hari sebelum telur-telur tersebut menetas.Sebagaimana ketika membuat sarang, kedua-dua pasangan induk burung walet akan bersama-sama dan bergilir-gilir mengeram telur mereka sehingga ia menetas.


Peringkat 5: Telur pasangan Induk Walet menetas


 Anak walet yang baru menetas akan terus tinggal di dalam sarangnya, menunggu induk walet datang membawa makanan.Anak walet akan mula tumbuh bulu utama 7 hari selepas dilahirkan.Dalam tempoh masa 11-20 hari mata anak burung walet akan terbuka dan bulu dewasa mula tumbuh yang dikenali sebagai "porcupine stage".Setelah bulu dewasa tumbuh sepenuhnya, bulu pelepah akan mula tumbuh di keseluruhan anak walet dalam masa 23-40 hari.Apabila bulu dibahagian sapay dan ekor telah cukup panjang, sarang tidak dapat menanmpung anak walet tersebut dan ianya akan menghabiskan masa bergantung diluar sarang.


Peringkat 6: Anak Burung Walet meninggalkan sarang


Apabila sudah tiba masanya, anak burung walet akan mula membuat terbangan pertamanya dan meninggalkan sarang dalam tempoh masa sekitar 40-44 hari.








sarawak swiftlets_zone
email me: eyrulz94@ymail.com

Tuesday 14 February 2012

Contoh-contoh Lubang Masuk Burung yang menjadi pilihan ramai dalam kalangan penternak burung walet

Assalamualaikum semua dan salam 1Malaysia kepada usahawan-usahawan dan bakal bergelar usahawan yang menceburi diri dalam industri penternakan burung walet.....Lubang Masuk Burung pada sesebuah rumah burung walet merupakan elemen yang terpenting bagi melihat tahap keberjayaan rumah burung walet anda.....jom bersama sarawak swiftlets_zone melihat dengan lebih mendalam lagi jenis-jenis LMB yang menjadi pilihan ramai usahawan dalam membina rumah burung mereka zzZZzzz....


Apa itu LMB???
LMB ialah singkatan bagi lubang masuk burung satu terma yang kebiasaan digunakan merujuk kepada rumah burung.Lubang masuk burung adalah satu elemen yang penting pada sesebuah rumah burung walet. Rekabentuk yang ‘NYAMAN’ untuk burung walet masuk melaluinya adalah objektif utama kerana ini jugalah yang menentukan tahap keberjayaan sesuatu rumah burung baru.Rekabentuk lubang masuk rumah burung ini juga penting antaranya ialah bagi mengurangkan pembiasaan cahaya yang keterlaluan masuk ke dalam rumah burung.Saiz lubang masuk burung ini juga berbeza-beza mengikut keadaan tertentu contohnya apabila sesebuah rumah burung baru mula beroperasi dan setelah rumah burung itu mula penuh. Faktor haiwan pemangsa juga perlu di ambil kira untuk menjaga keselamatan penghuni rumah burung tersebut.Apa pun hasil keberjayaan dari menggunakan jenis-jenis lubang masuk burung adalah berbeza-beza kerana kehadiran populasi burung, kawasan tempat makanan, rupabentuk bumi dan iklim yang terdapat di satu-satu kawasan.Saiz LMB yang paling minimum untuk rumah burung ialah 2kaki X 2kaki. Saiz LMB ini juga boleh dibuat mengikut kawasan rumah burung anda dan kehadiran burung walet di kawasan tersebut.Apa yang penting usaha-usaha dilakukan oleh tuan punya rumah burung untuk mempopulasikan rumah burungnya sehingga berjaya.



Pada amnya terdapat 3 jenis lubang masuk burung  yang menjadi pilihan untuk sesebuah rumah burung.
  • Lubang Sisi 
  • Rumah Monyet
  • Lubang Terjun

Ketiga-tiga jenis lubang masuk burung mempunyai keistimewaannya tersendiri tetapi untuk mengatakan mana satu yang terbaik ianya mengikut faktor alam persekitaran di kawasan tapak rumah burung yang hendak anda bina.


 Lubang Sisi



Rumah Monyet



Lubang Terjun



Mana satu yang menjadi pilihan anda nanti apabila mula membuat perancangan untuk membina rumah burung....faktor kawasan yang ingin anda dirikan BH perlu diambil kira juga yea.....










sarawak swiftlets_zone
email me: eyrulz94@ymail.com



Kenali Rumah Burung anda dan ciri-ciri yang terdapat padanya....

Jom kita kenali apa itu roving area, roving room dan nesting room yang terdapat pada BH anda dengan lebih mendalam lagi...jom kita sama-sama kenali ciri-cirinya bersama sarawak swiftlets_zone zzzZZZzzzz....


Roving Area (kawasan luar rumah burung walet)


Roving Area merupakan antara satu daripada elemen yang perlu ada pada kawasan BH anda.Roving ialah kawasan berkeliaran atau to wonder about dimana burung walet akan berpusing dikawasan ini terlebih dahulu sebelum masuk ke Lubang Masuk Burung (LMB).Corak burung walet yang terbang suka berpusar atau berpusing kebanyakkan dari kanan ke kiri menyebabkan sesebuah BH perlu ada kawasan yang luas untuk roving area.Anda perlu pastikan bahawa tiada bangunan tinggi atau pokok-pokok yang tinggi di hadapan LMB yang menjadi penghalang bagi burung walet serta menyukarkannya untuk masuk ke LMB.


Roving Room (Bahagian pertama dalam rumah burung walet)


Roving room adalah satu yang boleh menjadi sebesar mana sekali pun selepas burung walet terbang melewati LMB.Saiz minima untuk sesuatu roving room ialah 4m x 4m dan ini merupakan syarat yang boleh diikut anda.Secara semulajadi perangai burung walet yang suka terbang membuat pusingan atau berpusar.Apabila burung walet  memasuki ruangan ini, ia akan membuat tinjauan sama ada rumah burung ini sesuai atau tidak dengannya. Ia juga di kenali sebagai Adaptation Room. Proses menyesuaikan diri di dalam rumah burung  yang  baru memang perlu masa. Walet akan terbang puluhan kali mengikut laluan terbang yang sama sehingga ia terbang pergi ke kawasan tempat bersarang.Ada sesetengah pengusaha meletakkan NESTING PLANK atau sesirip di ruangan roving room ini, kerana ia memberikan walet tempat untuk berehat sebentar dan dapat merasakan suasana aman di dalam BH tersebut.Oleh kerana walet ini suka terbang berpusaran, saiz roving room yang asas perlu di ikuti supaya walet berasa aman dan tenteram untuk ia terbang bebas di dalam rumah burung ini. Jika kawasan roving room ini terlalu kecil kebanyakkan kes, burung walet akan keluar terus selepas ia terbang masuk ke LMB.


Nesting Room (Bahagian terpenting dalam rumah burung walet)


Nesting Room merupakan salah satu bahagian utama dan terpenting dalam sesebuah rumah walet.Ruangan ini merupakan tempat untuk burung walet menginap dan membuat sarang jika usaha yang dilakukan oleh tuan punya rumah burung kena pada caranya.Macam manusia juga suka pada ruangan yang tidak banyak halangan, sama juga dengan rumah burung walet rekaannya perlulah menepati ciri-ciri dan keselesaan yang di inginkan oleh burung walet bukan ciri-ciri yang di inginkan oleh tuan punya rumah burung tersebut.Terdapat beberapa elemen yang paling penting perlu diambil berat bagi memantapkan lagi sesebuah rumah burung.Antara elemen tersebut antaranya adalah meletakkan sesirip tempat sang walet bersarang, pemasangan sistem audio, penggunaan tweeter yang betul, susunan tweeter yang tepat dan betul pada sesirip serta suhu dan tahap kelembapan yang optimal.Walau bagaimanapun saiz rumah burung walet pada ketika ini tidak dapat menentukan tahap keberjayaan sesebuah rumah burung kerana bergantung kepada burung walet tersebut memilih tempat yang sesuai baginya.Mungkin hasil yang dikeluarkan rumah burung walet yang lebih kecil lebih banyak daripada rumah burung walet yang besar dan bertingkat-tingkat.


Sekarang bagaimana dengan anda...sudah tahu tentang ciri-ciri yang terdapat pada rumah burung tersebut...apa tunggu lagi mulakan menceburi dalam industri penternakan walet ini.....ingat nie pabila nak dirikan BH tue kena test uji lokasi terlebih dahulu kalau tak nak mengalami kerugian....semoga berjaya!!!





sarawak swiftlets_zone
email me: eyrulz94@ymail.com



Monday 13 February 2012

Peringkat permulaan yang baik...Kejayaan Menanti anda

NEST MARK....permulaan yang baik membawa kepada KEJAYAAN BH anda!!!





Di tempat yang beginilah yang disukai walet muda membuat sarang...kawasan sudut 90' ini sangat selamat dan diapit antara gandingan dua kayu plank....walet-walet lebih mudah menyiapkan sarang mereka yang berbentuk segi tiga di kawasan sudut 90' tersebut.



Ini pon sama juga...tanda sarang di sudut 90'....tempat yang selamat dan terlindung bagi ku membuat sarang...





biasanya walet akan bersarang berhampiran dengan tweeter kerana tertarik dengan punca suara berkenaan dan membuat tanda pada peringkat permulaan seperti dalam gambar ini....




Sarang telah pun ku siapkan sepenuhnya.... sekarang masa untuk ku bertelur pula....apabila aku sedang mengeramkan telur ku, suamiku keluar pagi untuk pergi mencari makanan dan balik pada waktu senja....
beginilah hidup saudara mara ku seharian.











sarawak swiftlet_zone
email me: eyrulz94@ymail.com

Cara-cara mengenal pasti burung walet telah tinggal dalam BH atau belum....

Bagaimana hendak mengenal pasti walet sudah tinggal atau belum dalam BH anda.....
Zoommmingg zzZZZzzz..... Assalamualaikum semua kepada pengemar dan penternakan burung walet...
saya ada juga mendengar khabar yang mengatakan jika ada tompokan najis/tanda walet yang telah tinggal dalam BH secara berkekalan maknanya anda telah berjaya memikat sang walet untuk tinggal dalam BH tersebut...itu baru tompokan najisnya saja dan kita perlu tunggu seminggu dua lagi untuk mereka membuat sarang....jom kita layan dan lihat berapa tompokan najis walet dalm BH ini untuk dikongsi kepada semua.....













sebaik-baiknya kebersihan dalam BH perlulah dijaga supaya BH anda tidak ditelenggami najis walet pula....najis walet haruslah dibersihkan 3 bulan sekali bergantung kepada kepadatan walet yang tinggal dalam BH anda serta bagi mengurangkan kandungan ammonia yang terhasil dari najis walet tersebut...
BH mereka telah pun berjaya...bagaimana dengan BH anda pula???





sarawak swiftlet_zone
email me: eyrulz94@ymail.com

Tempat Pilihan pertama untuk walet membuat sarang....

Di bahagian bucu menjadi pilihanku untuk membuat sarang bagi meneruskan generasiku....



Pada peringkat permulaan untuk menggalakkan burung walet tidur dalam BH anda....mewujudkan sudut-sudut 90' amatlah bagus kerana burung walet akan membuat sarang mereka dikawasan tersebut...
mereka merasakan kawasan sudut 90' itu selamat dan terlindung yang menyebabkan mereka membuat sarang di tempat tersebut


ini pon sama juga....semuanya sarang dibuat di kawasan sudut 90'


ini pon begitu juga....semuanya di sudut 90'



ini pon sama...burung walet muda tertarik dengan punca suara tersebut lalu membina sarang diatas tweeter yang dipasang berdekatan dengan sudut 90'.....




sarang berbentuk segi tiga di sudut 90'.....walet akan bertelur 1 atau 2 biji sahaja dalam setiap sarang...



lihatlah dalam BH ini semua sarang dibuat bermula di kawasan sudut 90' dan ada beberapa sahaja sarang yang dibina tidak di sudut 90'.....




lihatlah sang walet ini mengeram telur mereka bagi meneruskan generasi baru....suhu dalam BH yang baik dan stabil faktor utama bagi mempercepatkan walet membuat sarang....






sarawak swiftlet_zone
email me: eyrulz94@ymail.com

Cara-cara bagi mengawal dan menstabilkan suhu dalam BH....

cara ini boleh anda contohi tetapi kosnya agak tinggi lah sedikit....


 lihatlah kolam dalab BH ini besar betulkan....hanya laluan kecil sahaja di kawasan tepi untuk tempat berjalan...
air dalam kolam di nesting room ini perlu ditukar selalu kerana cepat kotor terkena najis-najis walet....


lihat kolam nie siap dengan air terjun sekali....
kalau macam nie selain menternak walet kita boleh ternak ikan hiasan juga dekat dalamnya...dijamin tidak mati ikan dalam nie kerana airnya terus mengalir.


lagi banyak kolam dalam BH, makin stabil lah suhunya....begitu juga dengan kosnya tentu lh tinggi juga kan...


kolam dalam BH nie pon besar juga....di atas kolam tersebut diletakkan dengan netting supaya najis walet tidak masuk kedalamnya.....kreatif betul kan


pastikan air kolam nie sentiasa bergerak supaya suhu dalam BH stabil....suhu dalam BH ini mesti di antara 25-26 derjah celcius....dah baik sangatlah suhu kalau cam tu tak risau lagi tapi air perlu kena pantaulah selalu ya...








sarawak swiftlet_zone
email me: eyrulz94@ymail.com

Penternakan Burung Walet di Mukah hingga ke Daro, Sarawak telah berkembang pesat...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia....kepada usahawan-usahawan dan bakal usahawan yang baru menceburi mahupun yang telah menceburi dalam dunia industri penternakan burung walet Malaysia....hari demi hari berlalu banyak rumah burung yang dibina "bagai cendawan tumbuh selepas hujan"...
Dikawasan Mukah hingga ke Daro, banyak rumah burung yang dibina kerana di kawasan ini terdapat berjuta ekor burung walet dan merupakan laluan mereka pergi balik serta sarang yang dihasilkan burung walet di kawasan ini dikatakan mempunyai gred yang tinggi yang menyebabkan ramai usahawan yang membinanya rumah burung tersebut....jom kita layan zzZZzzzZ....




lihatlah di sebuah premis nie...
tingkat bawah tempat berniaga manakala di tingkat sebelah atas pula dijadikan tempat penternakan burung walet....lihatlah tu banyak burung walet terbang diatasnya...


tadi dari luaran saja kan dan sekarang di bahagian dalam BH nie pula...
banyak betul burung walet didalam BH ini....mesti cepat mereka membuat sarang kalau dah macam nie ha...


Gambar-Gambar BH yang diambil ini merupakan yang terdapat di sekitar perjalanan dari Mukah ke Daro, Sarawak....

Ini merupakan sebuah BH yang terdapat di jalan pantai Kampung Sungai Alo, Mukah...pemilihan kawasan yang baik kerana dikelilingi hutan tempat burung walet untuk mendapatkan makanan....



Sebuah BH yang terdapat di Kampung Petian, Mukah...
nampak kecil je kan tapi dalamnya betul2 holiow..


Sebuah lagi BH yang ideal kerana berdekatan dengan hutan punca sumber makanan walet...
BH ini terdapat di Kampung Judan, Mukah...


Mukah swiftlets eko-park yang terdapat di Kampung Penat, Oya/Dalat...
Disini menempatkan belasan buah BH dan ada lagi yang dalam proses pembinaan....


ini pon sama juga Mukah swiftlets eko-park....
ini merupakan BH dalam proses pembinaan...yang pertama sudah siap manakala dua lagi dalam perjalanan pembinaan....


bila di pandang dari jauh nampak macam sekolah je....tapi bukan sekolah sebenarnya rumah burung lh...
idea yang kreatif dan BH ini dibina berdekatan dengan hutan...senang lh walet mencari makanannya...
BH ini terdapat di Daro, Sarawak...





sarawak swiftlets_zone
email me: eyrulz94@ymail.com






Sunday 12 February 2012

Cara-cara pemasangan tweeter yang tepat dan betul....

Sesuai untuk rumah burung yang baru dan lama...




sistem pemasangan tweeter para bola dapat memudahkan burung walet untuk membina sarang mereka dan sistem pengaturan yang sebegini mestilah di selang-selang setiap 1 atau 2 meter persegi di nesting plank...


selain sistem atur yg diatas tadi....pemasangan sistem tweeter yang selari sebegini juga memudahkan burung walet mencari punca suara membuat sarang dalam BH....


lagi banyak tweeter dalam BH lagi baik...
seelok-eloknya sebahagian banyak tweeter diletakkan berdekatan dengan sudut-sudut di nesting plank iaitu kurang dari 3 inci di kawasan sudut nesting plank tersebut...dengan tweeter yang banyak ditempatkan dalam nesting room dapat mewujudkan bunyi sekeliling dalam BH serta memikat walet untuk tinggal di dalamnya....


selain itu, pemasangan tweeter ini perlu dilakukan dengan selari bagi mewujudkan bunyi sekeliling seolah-olah telah banyak koloni walet dalam BH tersebut yang menyebabkan burung walet mempunyai keinginan tinggal dan seterusnya membuat sarang....





sarawak swiftlets_zone
email me: eyrulz94@ymail.com