Jom kita kenali apa itu roving area, roving room dan nesting room yang terdapat pada BH anda dengan lebih mendalam lagi...jom kita sama-sama kenali ciri-cirinya bersama sarawak swiftlets_zone zzzZZZzzzz....
Roving Area (kawasan luar rumah burung walet)
Roving Area merupakan antara satu daripada elemen yang perlu ada pada kawasan BH anda.Roving ialah kawasan berkeliaran atau to wonder about dimana burung walet akan berpusing dikawasan ini terlebih dahulu sebelum masuk ke Lubang Masuk Burung (LMB).Corak burung walet yang terbang suka berpusar atau berpusing kebanyakkan dari kanan ke kiri menyebabkan sesebuah BH perlu ada kawasan yang luas untuk roving area.Anda perlu pastikan bahawa tiada bangunan tinggi atau pokok-pokok yang tinggi di hadapan LMB yang menjadi penghalang bagi burung walet serta menyukarkannya untuk masuk ke LMB.
Roving Room (Bahagian pertama dalam rumah burung walet)
Roving room adalah satu yang boleh menjadi sebesar mana sekali pun selepas burung walet terbang melewati LMB.Saiz minima untuk sesuatu roving room ialah 4m x 4m dan ini merupakan syarat yang boleh diikut anda.Secara semulajadi perangai burung walet yang suka terbang membuat pusingan atau berpusar.Apabila burung walet memasuki ruangan ini, ia akan membuat tinjauan sama ada rumah burung ini sesuai atau tidak dengannya. Ia juga di kenali sebagai Adaptation Room. Proses menyesuaikan diri di dalam rumah burung yang baru memang perlu masa. Walet akan terbang puluhan kali mengikut laluan terbang yang sama sehingga ia terbang pergi ke kawasan tempat bersarang.Ada sesetengah pengusaha meletakkan NESTING PLANK atau sesirip di ruangan roving room ini, kerana ia memberikan walet tempat untuk berehat sebentar dan dapat merasakan suasana aman di dalam BH tersebut.Oleh kerana walet ini suka terbang berpusaran, saiz roving room yang asas perlu di ikuti supaya walet berasa aman dan tenteram untuk ia terbang bebas di dalam rumah burung ini. Jika kawasan roving room ini terlalu kecil kebanyakkan kes, burung walet akan keluar terus selepas ia terbang masuk ke LMB.
Nesting Room (Bahagian terpenting dalam rumah burung walet)
Nesting Room merupakan salah satu bahagian utama dan terpenting dalam sesebuah rumah walet.Ruangan ini merupakan tempat untuk burung walet menginap dan membuat sarang jika usaha yang dilakukan oleh tuan punya rumah burung kena pada caranya.Macam manusia juga suka pada ruangan yang tidak banyak halangan, sama juga dengan rumah burung walet rekaannya perlulah menepati ciri-ciri dan keselesaan yang di inginkan oleh burung walet bukan ciri-ciri yang di inginkan oleh tuan punya rumah burung tersebut.Terdapat beberapa elemen yang paling penting perlu diambil berat bagi memantapkan lagi sesebuah rumah burung.Antara elemen tersebut antaranya adalah meletakkan sesirip tempat sang walet bersarang, pemasangan sistem audio, penggunaan tweeter yang betul, susunan tweeter yang tepat dan betul pada sesirip serta suhu dan tahap kelembapan yang optimal.Walau bagaimanapun saiz rumah burung walet pada ketika ini tidak dapat menentukan tahap keberjayaan sesebuah rumah burung kerana bergantung kepada burung walet tersebut memilih tempat yang sesuai baginya.Mungkin hasil yang dikeluarkan rumah burung walet yang lebih kecil lebih banyak daripada rumah burung walet yang besar dan bertingkat-tingkat.
Sekarang bagaimana dengan anda...sudah tahu tentang ciri-ciri yang terdapat pada rumah burung tersebut...apa tunggu lagi mulakan menceburi dalam industri penternakan walet ini.....ingat nie pabila nak dirikan BH tue kena test uji lokasi terlebih dahulu kalau tak nak mengalami kerugian....semoga berjaya!!!
sarawak swiftlets_zone
email me: eyrulz94@ymail.com