Wednesday 15 February 2012

Kitaran Hidup Burung Walet....

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia semua kepada usahawan-usahawan yang telah dan yang baru menceburi diri dalam industri penternakan burung walet.Sarawak swiftlets_zone ingin berkongsi bersama dengan anda tentang kitaran hidup sang walet sepanjang hayatnya....burung walet merupakan makhluk yang memberi nikmat dan rezeki lumayan kepada kita anugerah dari yang maha kuasa...seharusnya kita bersyukur dengan limpahan nikmat yang telah diberikan oleh-Nya....
Koloni Burung Walet

Burung Walet sama ada dari spesis Aerodramus Fuciphagus atau Aerodramus Maximus secara semulajadinya akan hidup secara berkoloni sepanjang kitaran hidupnya dimana dianggarkan setiap koloni akan mencapai sehingga 1.5 juta ekor burung walet.Koloni burung walet ini biasanya akan mula terbang keluar dari sarang mereka sejak awal pagi untuk mencari serangga merupakan makanan burung tersebut di udara.Burung walet akan terbang sekitar 10 hingga 12 jam tanpa henti dan akan kembali ke sarang mereka pada waktu senja.

Peringkat 1: Pasangan Induk Burung Walet sedang mengawan dan membuat sarang

Burung Walet membiak secara seksual dan mengawan diudara dimana setiap pasangan induk burung walet biasanya akan kekal dengan pasangan yang sama sehingga 18 tahun iaitu purata jangka hayat burung walet tersebut.Burung walet dewasa akan mula membuat sarang menggunakan air liur mereka yang diketahui umum mengandungi pelbagai zat nutrien yang baik sebagai makanan tambahan manusia.

Peringkat 2: Sarang yang telah siap sepenuhnya

Kedua-dua pasangan induk burung walet akan bersama-sama membuat sarang mereka sehingga siap sepenuhnya.Proses membuat sarang ini bergantung kepada cuaca dimana pada hari panas, tempoh bagi sarang burung walet siap sepenuhnya adalah sekitar 60 hari manakala pada hari hujan pula, tempoh sarang burung walet siap sepenuhnya adalah sekitar 40 hari kerana pada hari hujan burung walet tidak keluar dari sarang mereka yang menyebabkan sarang siap tempoh masa yang pendek.

Peringkat 3: Induk Burung Walet Betina mula bertelur

Setelah sarang siap sepenuhnya dibina, pada hari ke-7 hingga hari ke-8 induk walet betina akan mula bertelur.Burung walet betina akan bertelur dua kali setahun dimana setiap tempoh bertelur biasanya boleh menghasilkan dua biji telur sahaja.

Peringkat 4: Induk Burung Walet mengeram telur

Telur akan terus dieram dengan tempoh pengeraman akan berlaku dalam tempoh 19 hari sebelum telur-telur tersebut menetas.Sebagaimana ketika membuat sarang, kedua-dua pasangan induk burung walet akan bersama-sama dan bergilir-gilir mengeram telur mereka sehingga ia menetas.


Peringkat 5: Telur pasangan Induk Walet menetas


 Anak walet yang baru menetas akan terus tinggal di dalam sarangnya, menunggu induk walet datang membawa makanan.Anak walet akan mula tumbuh bulu utama 7 hari selepas dilahirkan.Dalam tempoh masa 11-20 hari mata anak burung walet akan terbuka dan bulu dewasa mula tumbuh yang dikenali sebagai "porcupine stage".Setelah bulu dewasa tumbuh sepenuhnya, bulu pelepah akan mula tumbuh di keseluruhan anak walet dalam masa 23-40 hari.Apabila bulu dibahagian sapay dan ekor telah cukup panjang, sarang tidak dapat menanmpung anak walet tersebut dan ianya akan menghabiskan masa bergantung diluar sarang.


Peringkat 6: Anak Burung Walet meninggalkan sarang


Apabila sudah tiba masanya, anak burung walet akan mula membuat terbangan pertamanya dan meninggalkan sarang dalam tempoh masa sekitar 40-44 hari.








sarawak swiftlets_zone
email me: eyrulz94@ymail.com

No comments: